Thursday, March 12, 2009

Bila Hati Mula Berkata-kata...

Bila hati aku mula berbicara....bila ianya mula berkata-kata...yang memerlukan aku untuk berfikir....ahhh....sangat payah bila hendak memikirkan sesuatu perkara itu.....
bila ingin berfikir..terasa ianya menyesak kan pemikiran dan hati...sungguh menyesakkan...alangkah bagus kalau hati dan pemikiran ku ini sebesar pandang bola....boleh la nak menyimpan pelbagai masalah...tapi kita fikirkan balik kalau Allah s.w.t mencipta hati dan otak kita sebesar padang bola....masyaAllah....subahanaAllah....di luar jangkauan macam mana la bentuk badan manusia kalau ianya terjadi....huhuh...entahlah....bayang kan jer la sendiri.....tapi bagi aku...aku tak dapat nak bayang kan...memnag di luar kawalan...arhhhh....aku dah mula merepek-repek...sudah lah ekin....stop it....huhuhuh

bila hati mula berbicara....kita kena berfikir positif dan negatif tentang perbicaraan hati kita ini....fikir baik dan buruk nya apa yang telah di bicarakan oleh hati kita ini.....sebelum melakukan...berfikir adakah wajar kita melakukan apa yg di suruh oleh hati....adakah selepas kita melakukan nya...kita berpuas hati dengan apa yang kita lakukan....atau adakah...lepas kita melakukan sesuatu pekara mengikut kata hati...kita akan menyesal???alangkah bagus kalau apa yang kita buat mengikut kata hati dapat memuaskan hati kita....alangakh bagus jikalau begitu...tapi kalau kita menyesal???apa pula tindakan kita???adakah kita perlu menyesal???atau memperbetulkan balik apa yang telah kita buat???jawapan apa kah yang paling sesuai untuk kita mengelakkan rasa menyesal itu timbul dalam hati ini....hurm....bagi aku...entah lah....aku masih lagi memikirkan....apa yang akan aku buat, sekiranya aku mengikut kata hati dan seleps itu aku menyesal....hurm...

bila hati mula berbicara....memikirkan....adakah tindakan aku..sikap aku...kata-kata yang keluar dari mulut aku....menyakitkan hati orang di sekelilingi aku....aduh....andai susah nya aku...jikalau aku tidak dapat mengawal sikap dan perlakuan aku....mesti sakit hati orang yang terasa dengan perlakuan aku yang tak dapat aku mengawal...kesian nya mereka jika mereka terasa.....wahai sahabat ku.....maaf kan la aku...jikalau kamu pernah terasa hati dengan sikap dan perlakuan ku....
maafkan lah....kerana aku selalu sahaja melakukan kesilapan tanpa aku sedari....

bila hati ku mula berbicara...

Wednesday, March 11, 2009

Suatu Pengalaman...

Pengalaman dahulu mengajar aku untuk meneruskan kehidupan akan datang...
tapi...pengalaman dahulu adakah akan muncul untuk kedua kali nya??
Ya Allah....jauh la aku daripada pekara dulu muncul untuk kali kedua nya....
aku tak sanggup....cukup la sekali.....adakah aku ini tak serik-serik??
aku cukup serik....dan tak sanggup untuk menerima kali kedua.....

kehidupan???adakah kehidupan kita kena berlakon??
perlukah kita berlakon untuk menjalani kehidupan???
bagi aku...aku tak rasa kita kena berlakon untuk hidup....kenapa kita nak tipu diri sendiri dengan orang lain....kalau rasa tak puas hati..kita beterus terang...tapi...persoalan nya...
sanggup kah kita sebagai manusia untuk berterus terang??
adakah dengan beterus terang...kita boleh menyakitkan hati pihak lain??
hurm...banyak persoalan yang muncul untuk kita beterus terang dan tak berlakon.....

owh kehidupan....kalau difikirkan...tak sanggup nak hadapi...tak larat....rasa nak lari jauh-jauh....tapi apa akan aku dapat kalau aku lari kan diri dari dunia realiti....
mungkin aku akan bahagia buat sementara....tapi....akan muncul masalah lain...yang akan buat kita rasa ingin melarikan diri sekali lagi....fuhh...kalau gitu...sampai bila nak lari kan diri???nak tak nak...kena juga hadapi dunia realiti...selagi nyawa di kandung bandan....

tapi untuk hadapi...perlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal....
adakah aku mempunyai kekuatan itu??
sekarang ini aku mendapat kekuatan dari keluarga aku....
tapi kalau aku kehilangan mereka....siapa yang dapat memberi kekuatan kepada aku...
kawan-kawan???entah la.....dengan apa berlaku di waktu zaman sekolah menengah dan di alam Universiti....aku tak terlalu percaya yang kawan dapat memberi kekuatan kepada aku....selain kawan???kawan lelaki....entah la....bila dah dipermainkan lelaki...cukup sukar untuk aku mempercayai lelaki....senang nak cakap....aku tak mempercayai sesiapa selain keluarga aku....
tapi jikalau aku tidak mempunyai family...aku harap dapat kekuatan dari DIA yang Maha Kuasa....

Ya Allah....adakah aku telah melukai perasaan manusia disekelilingi ku???
aku tak di anugerah kan sebagai seorang yang boleh membaca fikiran orang lain.....jadi aku tak tahu sama ada aku ada menyakitkan hati orang lain atau pun tidak.....
jikalau ada siapa-siapa yang baca blog ini...dan terasa aku pernah menyakitkan hati korang semua...tegur la aku....sapa la aku...supaya aku boleh memohon maaf atas kesilapan yang telah aku lakukan....aku insan yg lemah...tak sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan....tegur lah aku atas kesilapan yang aku lakukan....

suara hati seorang gadis bernama Ashikin.....

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP