Rintihan Bohsia Suci????
> > Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. > Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada
> hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma
> mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak
banyak
> bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki
dunia,
> kelihatan sepasang makhluk sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang
> membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan
> oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan
> segera demi masa depan perhubungan mereka....
> >
> > "Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde
> masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar
> dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah
mati
> akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau
> nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black
> menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya
> menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy
lakukan.
> >
> > "Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat
> perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu.
> Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang
> macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black> ...> tak
baik
> tahu?" Giliran Katy pula bersuara Baginya dia harus menegakkan apa
yang
> dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa
> sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana
> begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2> ...>
> apalah yang nak dihairankan..?
> >
> > "But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba
> seluruh badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam
tu
> kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat.
> Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur
> orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
> >
> > "Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada
> aku> ...> aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor
> pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black> ...> " Muka Katy dah mula
> berubah. Sedih mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya
> menghilangkan diri.Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu
hanya
> membangkitkan lagi kemarahan Black Ternyata apa yang diduganya itu
> benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung
> sekuat-kuat hatinya.
> >
> > "Kasih-sayang> ...> . Kasih sayang kepala hotak bapak kau!!
Senangnya
> kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau
berambus
> dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak
> support kau lagi. Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata
> baik tu.Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur
langkah
> tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana
> rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
> >
> > Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah
> seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya
> tiada,hidupnya memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian
> jantan-jantan tu semua untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras
> rupa> ...> Kalau tidak, dah lama dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa
> yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa
> Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya
> dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang
menimpanya
> ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri Mungkin inilah
dugaan
> yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa yang
> sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah
> menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
> >
> > Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni> ...> kejap
> lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul
> kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi
memberikan
> perhatian kepadanya dan mengajaknya pula> ng kerumah. Dapatlah dia
> mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung
> dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih
> terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam
ni
> Black> ...> selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau>
...>
> dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun
menjumpai
> betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis.
> Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan tangisan.
> >
> > "Eh! Gebunya minah ni> ...> .cute lak tu." Katy menahan senyuman.
> Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung.
> Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi
selama
> ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal
> Zaki. Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di
section
> dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga
> lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
> >
> > Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi
> Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy
> sengaja tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik -ngusik rambut Kathy
> sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan
> respon Kathy yang lampu hijau tu> ...> Selamba Zaki merangkul Katy
tanpa
> menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu.
> Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya
> malu-malu kucing. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing
> lagi pada manusia hari ini.
> >
> > "Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua
> orang je. Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh?
"
> tanya Zaki seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab
olek
> Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki.
> Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan
> sedap' . Bisik hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang
> tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk
> kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang> ...>
> >
> > ..
> > .
> >
> > .
> > .
> > .
> > .
> >
> > .
> > ..
> >
> >
>
>
>
> ."Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
0 comments:
Post a Comment