Sunday, August 16, 2009

WABAK H1N1....URGENT..

salam..baru bce berita kat utusan..ttg H1N1....so korunk bce jer brita nie....msti korunk risau kn...

"Tiga lagi kematian

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini meningkat kepada 59 orang apabila tiga lagi kematian disahkan hari ini.

Sebanyak 209 kes baru dilaporkan kerana pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kesemua mangsa yang terbabit didapati mempunyai risiko penyakit obes, sakit jantung dan asma.

''Tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 tahun dan 29 tahun serta wanita berusia 44 tahun," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 29 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebanyak 16 kes mempunyai faktor risiko berpenyakit iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), wanita hamil (1) dan selepas bersalin (1).

Dalam pada itu katanya, kementerian mendapati orang ramai yang mempunyai simptom H1N1 ringan masih mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah, melancong dan pergi ke kerja tanpa memakai penutup mulut.

Amalan itu katanya, boleh meningkatkan penularan jangkitan virus H1N1 terutama melalui batuk dan bersin.

Sebaliknya, tambah beliau, orang yang sering memakai penutup mulut dan hidung terdiri daripada orang yang sihat.

Justeru Mohd. Ismail berkata, kementerian memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom wabak itu untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat sepenuhnya.

''Mereka juga dinasihatkan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong mahu pun ke tempat kerja atau sekolah,'' jelasnya.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya terhadap pertanyaan orang ramai melalui talian hotline dan e-mel, didapati persoalan masih mengenai rawatan antiviral dan vaksin H1N1.

Jelasnya, ubat antiviral itu hanya bagi tujuan rawatan dan bukan pencegahan.

''Ubat antiviral tersebut boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan secara percuma,'' katanya.

Mohd. Ismail menegaskan, vaksin khas untuk rawatan influenza A belum dihasilkan lagi dan vaksin yang ada di pasaran ketika ini adalah vaksin selesema bermusim."



jd bg korunk yg blom kena...baek skrang nie kita prevent....cause prevent is better than cure....ryte???do you know to prevent it???if you dont know how....come n msg me...cause i know how to prevent it.... =)

0 comments:

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP